skbr-prasekolah.zoom-a.com
PORTAL RASMI PRASEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bandar Raub
Email : skbr-prasekolah@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALUAN GURU BESAR | OBJEKTIF | MATLAMAT | CARTA ORGANISASI | SENARAI NAMA MURID PRA 2013 | TAKWIM | PANORAMA | GALERI FOTO | BULETIN | BUKU PELAWAT | FAKTA MENARIK | FALSAFAH DIRI | GALERIKU 1 | GALERIKU 2 | KATA HIKMAT | PAUTAN | PROFIL | Untitled |

KATA ALUAN GURU BESAR

Salam sejahtera.

Tahniah kepada Jawatankuasa Prasekolah yang dapat menyumbangkan tenaga bagi memastikan laman sesawang ini menjadi kenyataan. Dalam dunia teknologi yang semakin berkembang pastinya kita tidak mahu ketinggalan dalam memaparkan maklumat berkaitan kelas prasekolah kita yang telah wujud sejak sekian lama. Selaras dengan hasrat NKRA KPM yang mengutamakan peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan sewajarnya kita mempunyai iltizam untuk memastikan kita dapat saling berhubung dan berkongsi pandangan di alam maya.Semoga ukhwah yang terjalin dapat membantu dalam melaksanakan tugas kita dengan penuh dedikasi demi menggilap anak-anak comel yang menjadi permata kita.

Saya berharap dengan  adanya perubahan kurikulum prasekolah yang dimulakan pada awal tahun 2010 ini, kelas prasekolah ini dapat dimantapkan. Semoga murid-murid lebih bersedia dari segi mental dan fizikal apabila mereka melangkah ke tahun satu. Kepada semua guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid sekalung penghargaan daripada saya atas komitmen puan-puan. Semoga tugas murni kalian diberkati Nya.

Teruskan perjuangan.Semoga visi dan misi kita gapai bersama.

Norhasimah Mohamed

Guru Besar SK Bandar Raub

 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: